Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki didakwa laku amang seksual terhadap budak 9 tahun
Published on: Friday, December 04, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki didakwa laku amang seksual terhadap budak 9 tahun
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 20 tahun didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Alias Azrin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim kepada tuduhan terhadapnya pada Khamis.

Alias dituduh melakukan kesalahan itu dengan mencium mulut kanak-kanak itu pada pukul 10 pagi 18 November tahun ini di dalam sebuah tandas di sebuah rumah di Beaufort.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Januari tahun depan untuk pengurusan kes dan memerintah Alias direman lanjut sementara menunggu pelupusan kesnya.

Timbalan Pendakwa Raya Nureen Natasha Mohd Raffie hadir untuk pendakwaan sementara Alias tidak diwakili.

Di Mahkamah Majistret, seorang lelaki berumur 40 tahun dipenjara sejumlah 38 bulan kerana menyimpan barang curi dan gagal memberi penjelasan munasabah bagaimana dia mendapat beberapa barang yang dipercayai dicuri.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhkan hukuman itu kepada Sutresno Intu yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya pada Khamis.

Bagi tuduhan pertama, Sutresno dipenjara 36 bulan kerana menyimpan barang curi, iaitu satu unit projektor dan satu kamera digital pada pukul 5.50 petang 26 November tahun ini di kuarters pekerja Silverstone di Penampang.

Kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia dipenjara dua bulan lagi kerana gagal menjelaskan bagaimana dia mendapat barang-barang termasuk satu telefon bimbit, satu resit, satu kotak hitam, empat bentuk cincin dan seutas kalung yang dipercayai barang curi.

Dia melakukan kesalahan itu di tempat dan masa yang sama.

Mahkamah memerintah Sutresno menjalani hukuman penjaranya serentak dari tarikh tangkap.

Semasa rayuan, peguam Lawrence Lim dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili Sutresno, meminta hukuman ringan mengatakan anak guamnya bekerja sebagai mekanik dan mendapat kira-kira RM1,400 sebulan.

Lim memberitahu mahkamah bahawa Sutresno menanggung dua anak dan isteri.

Bagaimanapun, Inspektor Albert Basiri menggesa mahkamah untuk menjatuhkan hukuman setimpal.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here