Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


16 kompleks sukan ditutup
Published on: Friday, January 15, 2021
By: GL Oh
Text Size:

16 kompleks sukan ditutup
Kota Kinabalu: Semua fasiliti di 16 kompleks sukan di seluruh negeri di bawah pengurusan Lembaga Sukan Sabah (LSS) telah ditutup sejak Rabu lalu.

Pengurus besar LSS, Terrance Pudin (gambar) yang mengesahkan perkara ini pada Khamis berkata langkah itu diambil sejajar dengan arahan kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri di negara ini termasuk Sabah bagi membendung penularan Covid-19 yang semakin serius.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat pengumuman itu pada Isnin turut menyatakan bahawa semua aktiviti rekreasi dan sukan berpasukan atau yang melibatkan sentuhan fizikal tidak dibenarkan semasa PKP.

Ini adalah kali ketiga penutupan dilakukan oleh lembaga sukan sejak PKP awal dilaksanakan pada Mac tahun lalu disusuli yang kedua pada Oktober dan yang terbaharu adalah yang pertama pada Tahun Baharu.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here