Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Darwish ikat kontrak dengan Kelab Sukan Al-Arabi
Published on: Friday, January 12, 2024
Published on: Fri, Jan 12, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Darwish ikat kontrak dengan Kelab Sukan Al-Arabi
Kota Kinabalu: Pemain cilik Ahmad Qiyyam Darwish Ahmad Syukri (gambar) telah mengikat kontrak dengan Kelab Sukan Al-Arabi (kelab remaja) di Qatar hujung tahun lalu.

Pemain berusia enam tahun itu yang ibunya berasal dari Sabah dan bapanya dari Johor pernah bermain untuk pasukan Tabs Bandaraya di sini awal tahun lalu.

Advertisement
Bapanya yang kini menetap bersama keluarga di Qatar berharap anaknya akan terus berkembang sebagai pemain dengan peluang yang diberikan oleh kelab yang berpangkalan di Doha itu.

Katanya, impiannya adalah untuk melihat anaknya bermain untuk pasukan Harimau Malaya suatu hari nanti.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebagai bapa, saya mempunyai perancangan dan juga keyakinan untuk melihat Darwish bersinar dan menyarung jersi Harimau Malaya pada masa hadapan,” katanya.

Tambahnya, mereka akan menjadi antara rakyat Malaysia di Qatar yang memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negara yang terlibat dalam saingan Piala Asia AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) di Doha bermula hari ini.

Advertisement
Harimau Malaya akan membuka kempen Kumpulan A menentang Jordan pada 15 Januari diikuti Bahrain pada 20 Januari dan Korea Selatan pada 25 Januari.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Tabs Safa Bandaraya Lokman Sunggim yang mengucapkan tahniah kepada Darwish kerana menyertai kelab itu berkata mereka menjangkakan budak lelaki itu akan pergi jauh semasa di sini.

Advertisement
“Kemahiran luar biasa dan ketangkasannya bermain untuk kami di bahagian sayap sentiasa mengagumkan kami. Kami telah memaklumkan bapanya untuk terus membangunkan anaknya dan kami gembira bakatnya dikesan oleh kelab terkemuka,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here