SANDAKAN: Adun Tanjung Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung (gambar) kesal terhadap keputusan kerajaan negeri untuk menangguhkan rancangan kerajaan dahulu untuk membina 130 tempat letak kereta di hadapan Jambatan 16 Kampung Sim-Sim.“Ini satu kerugian bagi penduduk tempatan. Penangguhan tersebut menyebabkan penduduk Kampung Sim-Sim menghadapi kerugian disaman akibat kekurangan tempat letak kereta,” katanya, menambah kerajaan perlu memberi penjelasan kepada penduduk.





