DI sebalik cabaran besar akibat pandemik Covid-19, penyanyi dan komposer Joel Jess Moriga sanggup mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam lembaran seninya.Bekerjasama dengan penerbit Dr Abigail Renee selaku pengasas bersama dan pengurus kandungan, penyanyi yang popular dengan lagu Hilang itu mewujudkan saluran podcastnya sendiri, Cakap-Cakap Podcast di platform Spotify, YouTube, Apple Podcast dan Google Podcasts.





