Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


MBS promosi keusahawanan sosial melalui Synergy
Published on: Friday, March 05, 2021
By: Bernama
Text Size:

MBS promosi keusahawanan sosial melalui Synergy
Kota Kinabalu: Majlis Belia Sabah (MBS) melancarkan program Belia Sabah Dalam Keusahawanan Sosial atau Synergy, yang bertujuan untuk memberi impak positif kepada ekonomi belia dan pembangunan masyarakat tempatan melalui keusahawanan sosial (SE).

Program itu dilancarkan pada Rabu dan permohonannya dibuka kepada semua belia sehingga 21 Mac ini.

Presiden MBS Ahmad Farid Sainuri berkata terdapat lebih 2,000 usahawan muda berdaftar di Sabah, dengan kebanyakan mereka menceburi bidang perkhidmatan serta pengeluaran makanan berskala kecil dan ada yang telah mencipta nama dan perniagaan mereka terkenal di Malaysia, seperti BorneoCocoa, EZPlast, Kundasang Aquafarm dan Gunung Kinabalu Coffee.

“SE adalah pendekatan oleh syarikat pemula atau pengusaha dan baru dalam kalangan belia Sabah, oleh itu, kami telah mengatur program ini sebagai usaha untuk menggalakkan belia terlibat dalam kegiatan ekonomi yang memberi impak kepada masyarakat dan persekitaran secara positif,” kata Ahmad Farid dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Program Synergy itu disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah, melalui Pusat Ekonomi dan Inovasi Kreatif Sabah (SCEIC) dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Sementara itu, Pengurus Besar SCEIC Viviantie Sarjuni dalam kenyataan yang sama berkata dengan usaha kolektif oleh semua pihak berkepentingan, konsep SE akan diguna pakai oleh lebih banyak lagi usahawan di negeri ini.

“Kita perlu memperkukuh lagi model perniagaan dengan mempelajari lebih lanjut mengenai SE memandangkan banyak jenis model perniagaan perusahaan sosial, pengukuran impak, kelestarian dan lain-lain lagi adalah berkait.

“Terutama semasa pandemik ini, model perniagaan seperti itu akan dapat membantu ekonomi dengan merapatkan jurang antara pendapatan sosial yang berbeza. Kami pasti akan menyokong sebarang program yang dapat menghasilkan lebih banyak usahawan belia dan berusaha untuk meningkatkan pelaksanaan program dari semasa ke semasa,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai program Synergy boleh didapati di www.sabahsynergy.com. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here