Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat
Published on: Sunday, January 21, 2024
Published on: Sun, Jan 21, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat
Gambar sekadar ilustrasi. - Getty Images | iStockphoto
KUALA LUMPUR: Sebanyak 494 kes penipuan penyamaran sebagai rakan atau kenalan melibatkan kerugian RM2.5 juta dikesan pihak polis sepanjang tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya mengesan penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya. 

Advertisement
Beliau berkata meminjam wang merupakan satu daripada modus operandi yang digunakan oleh penjenayah dalam melakukan penipuan.

“Berdasarkan siasatan, sindiket ini didapati melakukan penggodaman terhadap akaun Telegram/ WhatsApp milik mangsa dan menghubungi senarai rakan mangsa yang diperoleh daripada Telegram/ WhatsApp untuk meminjam wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga semalam (20 Jan), sebanyak 50 kes dilaporkan melibatkan kerugian RM238,732.

Menurutnya, pemilik sebenar akaun hanya menyedari perkara itu apabila mereka tidak dapat mengakses atau menerima panggilan daripada kenalan mereka berkaitan kesahihan pinjaman wang ingin dibuat.

Advertisement
Ramli berkata sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada mesej pinjaman wang diterima daripada kenalan terutama apabila akaun bank digunakan adalah milik individu lain.

“Apapun alasan mereka, lakukan semakan dengan menghubungi kenalan berkenaan bagi tujuan pengesahan,” katanya.

Advertisement
Orang ramai boleh mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dengan menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 013-2111222, katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here