Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Joseph Loudin mahu martabat bahasa Kadazan melalui muzik
Published on: Sunday, March 24, 2024
Published on: Sun, Mar 24, 2024
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Joseph Loudin mahu martabat bahasa Kadazan melalui muzik
JOSEPH tak pernah jalani latihan muzik secara formal. Gambar kanan, sijil MBOR mengiktiraf pencapaian Joseph.
Kota Kinabalu: Joseph Loudin telah mengukir laluan unik dalam kancah muzik, menggabungkan keghairahannya terhadap budaya Kadazan dengan bakat hebatnya.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Pinapa, Penampang, perjalanan muzik Joseph telah membawanya dari landskap tenang di kampung halamannya ke Mae Sot, Thailand, dimana dia menetap selama hampir dua dekad.

Advertisement
Di sebalik peranannya sebagai guru agama Kristian di Thailand, Joseph juga merupakan penggerak di sebalik Pusat Warisan Kadazan Kobion (KKLC), sebuah pertubuhan Kadazan bukan kerajaan (NGO) yang ditempatkan di pejabat sekretariat Asean.

Sumbangannya kepada muzik Kadazan adalah luar biasa, terbukti dengan penyenaraiannya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kerana mengarang ‘Lagu Etnik Kadazan Terbanyak Oleh Seorang Individu di RTM Sabah,’ berjumlah 129 buah lagu yang mengagumkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengimbas kembali permulaan muziknya, Joseph teringat semasa memetik gitar dan menyanyikan lagu-lagu Injil Kristian di gereja-gereja pada usia 12 tahun.

“Saya tidak pernah menjalani latihan muzik secara formal. Semuanya adalah pembelajaran kendiri,” katanya, membuktikan bakat semulajadi dalam muzik dan kesungguhan untuk mengasah ‘krafnya’.

Advertisement
Antara artis yang sangat mempengaruhi gaya muzik Joseph ialah komposer dan penulis lagu Indonesia Ebiet G Ade dan penyanyi Kristian Sepanyol Adrian Romero.

Gubahan emotif mereka telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan pada pendekatan Joseph dalam membuat muzik, menyemarakkan semangatnya untuk mencipta melodi yang menggugah jiwa.

Advertisement
Walaupun Joseph berkecimpung dalam penulisan lagu sejak zaman remajanya, sehingga awal tahun 2021 barulah dia mendalami komposisi muzik dengan semangat baharu.

Inspirasinya terhasil daripada kesedarannya bahawa tidak ramai komposer lagu Kadazan menggunakan perkataan-perkataan klasik, mendorongnya untuk mengisi kekosongan ini dengan ciptaannya.

129 lagu yang dihantarnya kepada RTM Sabah dihasilkan antara 2021 dan 2023.

Ia merangkumi pelbagai genre, termasuk pop, irama sentimental, jazz dan rap.

Antara gubahannya ialah lima lagu duet yang menampilkan kolaborasi bersama Eve Saimon, Carfester Mokujin, Peter Ginsu, Suga Minami, dan anak saudaranya, Unduk Ngadau Kaamatan Penampang 2017 Shareene Francis, mempamerkan kepelbagaian dan kebolehannya bekerja sama secara harmoni bersama artis lain.

“Saya berhasrat untuk memperkayakan senario muzik etnik Sabah, khususnya melalui lagu-lagu Kadazan,” kata Joseph penuh semangat.

Dengan lebih 150 lagu dalam himpunannya, kebanyakannya dalam bahasa Kadazan dengan sentuhan Dusun dan Melayu, beliau tetap komited untuk memartabatkan bahasa dan budaya Kadazan melalui muzik.

Memandang ke hadapan, sasaran Jospeh adalah untuk melepasi 200 lagu menjelang tahun ini, bukti untuk dedikasi dan komitmen teguhnya dalam memelihara dan mempromosikan warisan Kadazan.

“Misi saya adalah untuk menjadikan bahasa Kadazan dikenali dan diraikan secara meluas, dan muzik adalah salah satu cara terbaik untuk mencapainya,” tegasnya sambil menyimpulkan intipati perjalanan muziknya.

Melodi Joseph bergema bukan sahaja dalam lingkungan lagu tetapi merentasi sempadan, menyatukan hati dan jiwa melalui bahasa muzik yang universal.

Karya beliau boleh ditonton dan didengar melalui saluran Joh Seer Production dan Pusat Legasi Kadazan (Kobion) di YouTube.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here