Mon, 15 Dec 2025
Headlines:
Rayuan kes dadah: Lelaki berjaya ketepi hukuman penjara
Published on: Wednesday, March 24, 2021
Published on: Wed, Mar 24, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Rayuan kes dadah: Lelaki berjaya ketepi hukuman penjara
Foto Borneo Today
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 35 tahun, yang dipenjara enam tahun dan dikenakan satu sebatan rotan kerana mengambil syabu buat kali ketiga, berjaya dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol membenarkan rayuan Mohd Faizal Mohd Yatim selepas mendengar hujah daripada peguamnya dan pendakwaan sebagai responden.

Advertisement
Duncan memutuskan, oleh sebab laporan kimia telah dikemukakan dan mengesahkan bahawa Faizal positif untuk dadah, mahkamah menggantikan kesalahan itu kepada kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,  yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman dua tahun kepada Faizal dari tarikh tangkapnya pada 24 Mei 2019.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
Faizal pada 22 Januari 2020 dipenjara enam tahun dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas dia didapati bersalah pada hujung pembelaannya terhadap tuduhan mengambil syabu pada 24 Mei 2019 di Beaufort di mana tuduhan menyatakan bahawa dia mempunyai dua rekod sabitan untuk kesalahan serupa.

Tuduhan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) of the ADB 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Terdahulu, peguam Azhier Farhan Arisin, yang mewakili Faizal secara pro bono, berhujah bahawa hakim perbicaraan melakukan kekhilafan dari segi undang-undang apabila mengambil rekod sabitan lampau (PCR) sebagai keterangan dan sebagai dasar yang mencetuskan penggunaan Seksyen 39C(1) ADB 1952, sedangkan jelas sekali bahawa PCR tersebut gagal mematuhi syarat ketat Seksyen 400 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan Seksyen 10 Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini.

Azhier berhujah bahawa Seksyen 10 (1) (b) Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7) menetapkan bahawa bukti sabitan lampau hanya boleh digunakan sebagai keterangan jika: ekstrak adalah berdasarkan entri daripada daftar, dan diperakui oleh Pendaftar untuk diekstrak.

Advertisement
“Dalam kes sekarang, seperti terbukti daripada PCR, ia hanya rekod yang disediakan oleh Pendaftar mahkamah rendah,” kata Azhier dan berhujah lanjut bahawa Seksyen 2 Akta 7 tidak memasukkan Pendaftar mahkamah rendah dalam erti kata “Pendaftar” itu.

Dia menambah bahawa Pendaftar untuk tujuan dalam Akta 7 merujuk kepada pegawai yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dan diterbitkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan di bawah Seksyen 3 Akta 7.

Dia selanjutnya berhujah bahawa penelitianu Warta Kerajaan Persekutuan P. U (B) 581/2020 tidak menyebut bahawa Pendaftar mahkamah rendah dilantik sebagai Pendaftar atau Penolong Pendaftar Penjenayah.

Dengan itu, ekstrak yang disediakan oleh Pendaftar tersebut tidak boleh diambil sebagai ekstrak yang diperolehi daripada “daftar” dalam erti kata Seksyen 10 Akta 7 itu, katanya.

“Atas sebab itu sahaja, terdapat ketidakcukupan keterangan untuk mensabitkan perayu di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB dan dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 39C(1) ADB kerana ia tidak ditetapkan bahawa perayu mempunyai dua sabitan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB,” hujah Azhier.

Dia juga berhujah bahawa penggunaan Seksyen 10(1)(b) Akta 7 menolak penggunaan di bawah Seksyen 400 CPC.

Sementara itu, pendakwaan berhujah bahawa salinan PCR boleh diterima dan mematuhi syarat-syarat undang-undang yang ditetapkan dalam Seksyen 400 CPC. Pendakwaan berhujah bahawa semasa peringkat perbicaraan, tiada cabaran sama ada salinan tersebut bukan rekod sabitan lampau perayu atau tidak, dan tiada keterangan untuk mempertikaikan identiti perayu seperti dinyatakan dalam dokumen tersebut.

Pendakwaan selanjutnya berhujah bahawa kegagalan pembelaan untuk memeriksa balas saksi pendakwaan hanya boleh bermakna bahawa pembelaan telah menerima keterangan mereka.

Fakta bahawa pembelaan hanya membangkitkan isu-isu itu pada peringkat sekarang menunjukkan bahawa ia hanya difikirkan kemudian, dan harus ditolak oleh mahkamah, kata pendakwaan.

Di mahkamah lain, seorang wanita berumur 48 tahun didenda RM1,200 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki peralatan judi haram.

Beda Peter mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana memiliki dua keping tiket loteri tanpa lesen pada pukul 4.30 petang 12 Disember 2020 di sebuah unit di Taman Jaya Diri, Manggatal.

Mahkamah mendengar bahawa Beda ditahan oleh satu pasukan polis yang bertindak atas maklumat mengenai kegiatan judi di kawasan itu, dan tiket-tiket tersebut serta tunai RM220 dirampas daripada tertuduh.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Beda, memohon denda rendah atas sebab bahawa Beda, seorang surirumah, mempunyai tiga anak dan dia melakukan kesalahan itu kerana amat sukar untuk mencari kerja sekarang ini, selain dia perlu mencari wang dengan cepat.

Beda didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Inspektor Kelvan Elson Maik menjalankan pendakwaan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here