Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Neelofa, suami berdepan tindakan kompaun jika terbukti langgar SOP: KPN
Published on: Sunday, April 04, 2021
Published on: Sun, Apr 04, 2021
By: Bernama
Text Size:
Text:
Neelofa, suami berdepan tindakan kompaun jika terbukti langgar SOP: KPN
Neelofa (kiri) dan suami di majlis perkahwinan mereka. (Photo: Instagram/Neelofa)
LANGKAWI: Selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dikompaun jika siasatan polis mendapati kunjungan pasangan itu ke Pulai Langkawi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, hanya mendapat kebenaran merentas negeri untuk urusan kerja, namun tular di media sosial gambar pasangan tersebut yang kelihatan seperti bercuti.

Advertisement
“Kalau kita dapati dia gagal kemukakan bukti, kita akan kompaunkan dia, pegawai penyiasat akan bertanya kepada dia apa dia buat di situ, adakah itu sebahagian daripada kegiatan perniagaan dia.

“Itu macam santai-santai sahaja, jadi tidak boleh, kerana dia datang dari negeri yang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk datang ke kawasan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), dia tidak boleh langgar,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seksyen K9 Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan.

Abdul Hamid menegaskan polis bersikap adil dalam mengambil tindakan terhadap sebarang pelanggaran SOP ditetapkan kerajaan dan tidak membeza-bezakan antara rakyat biasa dengan orang kenamaan.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bersembunyi di luar negara dan pihak polis masih mengesan lokasi sebenar selain terdapat kekangan di sempadan kerana kewujudan banyak lorong-lorong tikus.

“Belum ada apa-apa lagi, dia masih lagi bersembunyi, kalau dia nak upload dia punya aktiviti dia di luar kita tunggulah, jerat tidak akan melupakan pelanduk, dia akan balik.

Advertisement
“Saya hairan, dia tidak berhadapan dengan satu hukuman yang boleh dipenjarakan 20 tahun atau dihukum gantung, baliklah dan hadir ke mahkamah,” katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here