Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Bekas pemandu treler dijel 2 tahun, didenda RM5,000
Published on: Friday, April 16, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Bekas pemandu treler dijel 2 tahun, didenda RM5,000
FotoBERNAMA.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 47 tahun dipenjara dua tahun dan didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Trafik di sini selepas dia didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu ambulans di Keningau tujuh tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim, yang duduk sebagai Majistret, menjatuhkan hukuman itu kepada Pelmon Mansian apabila memberi keputusannya pada akhir pembelaan pada Rabu.

Pelmon didapati bersalah dan disabit kesalahan memandu sebuah treler secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Ruddy Suhaini @ James, 34, pada pukul 3.15 petang 8 Ogos 2014 di Batu 8, Jalan Keningau/Sook, di Keningau.

Pelmon melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara dua tahun dan 10 tahun, serta denda antara RM5,000 dan RM20,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah supaya Pelmon menjalani hukuman penjara dari tarikh sabitannya (14 April).

Marlina juga memerintah supaya sabitan Pelmon diendorskan dalam lesen memandunya dan Pelmon tidak layak memegang lesen memandu selama tiga tahun dari tarikh sabitannya.

Pegawai pendakwa trafik, Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa memohon hukuman berbentuk pencegahan atas sebab kemalangan itu melibatkan seorang mangsa penjawat awam, yang sedang bertugas dan kejadian itu berlaku selepas menghantar seorang pesakit.

Firdaus berkata mangsa meninggalkan seorang anak, yang kini berusia lapan tahun, dan balu, yang kehilangan sumber pendapatan mereka selepas kematian mangsa di tempat kejadian.

Peguam Khairudin Noordin yang mewakili Pelmon, meminta hukuman ringan dengan mengatakan bahawa Pelmon sedang menjaga ibunya, adik-beradik serta anak-anak kecilnya.

Mahkamah juga mendengar bahawa Pelmon, yang bekerja sebagai petani, hilang kerja sebagai pemandu treler selepas kemalangan itu.

Enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu Pelmon sendiri, memberi keterangan dalam perbicaraan yang dijalankan di mahkamah Keningau.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here