Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Saman kaitkan dengan militan Sulu: TV3 hanya perlu bayar Anwar RM600,000, bukan RM1 juta
Published on: Monday, May 03, 2021
Published on: Mon, May 03, 2021
By: Bernama
Text Size:
Text:
Saman kaitkan dengan militan Sulu: TV3 hanya perlu bayar Anwar RM600,000, bukan RM1 juta
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memperoleh sebanyak RM600,000 bagi ganti rugi am dan teruk, bukannya RM1.1 juta dalam saman fitnahnya terhadap TV3 kerana mengaitkannya dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013.

Ia berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada Isnin yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat untuk mengurangkan jumlah ganti rugi itu dengan mengetepikan award Mahkamah Tinggi masing-masing RM250,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Port Dickson tersebut.

Advertisement
Hakim Has Zanah telah menggantikan perintah Mahkamah Tinggi dengan jumlah bundar sebanyak RM600,000 bagi ganti rugi am dan teruk.

“Kami membenarkan sebahagian rayuan TV3. Kami mengubah award dalam perintah (Mahkamah Tinggi) bertarikh 14 Mei 2018 dengan mengetepikan award berasingan bagi ganti rugi teladan dan teruk.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hakim Has Zanah yang mengetuai panel itu bersidang bersama Hakim Datuk P. Ravinthran dan Hakim Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak, mendengar rayuan TV3 mengenai jumlah ganti rugi itu melalui sidang video. Stesen televisyen itu telah menarik balik rayuannya terhadap liabiliti.

* Langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp Daily Express untuk berita terkini

Advertisement
* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here