Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki bebas tuduhan cubaan membunuh
Published on: Wednesday, May 12, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Lelaki bebas tuduhan cubaan membunuh
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 37 tahun, yang dipenjara 14 tahun dua tahun lalu kerana cuba membunuh seorang lelaki asing menggunakan senapang patah, dibebaskan dari pertuduhan itu, Selasa.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell pada Selasa mengetepikan sabitan bagi kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan hukuman yang dikenakan terhadap Clarence Pudun James serta dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan itu. Clarence merayu terhadap sabitan dan hukumannya bagi dia pertuduhan cuba membunuh lelaki itu menggunakan senapang patah dan memiliki senapang patah itu secara haram.

Mahkamah membenarkan sebahagian rayuan Clarence.

Bagi kesalahan cubaan membunuh, mahkamah mempertahankan bahawa mahkamah itu bersetuju dengan peguam perayu bahawa terdapat kekurangan bukti berhubung eksibit dua pelet yang menjejaskan bukti kepada identiti eksibit yang sama.

Terdapat juga kekurangan bukti pemilikan khususnya berhubung eksibit kelongsong peluru senapang patah dan dua pelet itu, kata mahkamah.

Amelati berkata ketiadaan kaitan penting dalam kes pendakwaan menyebabkan kesalahan cubaan membunuh tidak boleh dikaitkan dengan Clarence.

Bagi pertuduhan kedua memiliki senapang patah secara haram, mahkamah mengetepikan hukuman lima tahun dan menggantikannya dengan hukuman penjara enam bulan.

Mahkamah menegaskan bahawa sabitan kesalahan kepada pertuduhan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api, memutuskan bahawa bukti telah dikemukakan bahawa Clarence memiliki senapang patah itu.

Amelati berkata beliau mengambil maklum bahawa Mahkamah Sesyen ketika menjatuhkan hukuman itu telah menetapkan mindanya bahawa Clarence bersalah bagi kesalahan cubaan membunuh.

Setelah memutuskan bahawa Clarence dibebas dan dilepaskan dari kesalahan cubaan membunuh dan menimbang hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa hukuman penjara lima tahun tidak wajar.

Rekod juga menunjukkan bahawa Clarence adalah pesalah kali pertama dan tidak mempunyai sebarang rekod sabitan ketika itu apabila perbicaraan berakhir, kata mahkamah.

Clarence pada 25 November, 2019 didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen selepas perbicaraan penuh kes itu.

Dia dihukum penjara 14 tahun bagi pertuduhan pertama iaitu melepaskan tiga tembakan dalam satu cubaan membunuh Sardi Madjuri menggunakan senjata api P. Beretta pada jam 4 petang, 27 Mei 2018 di kawasan Samur, Kg Long Kinangan, Sipitang.

Bagi pertuduhan kedua, Clarence dipenjara lima tahun kerana memiliki selaras senapang patah P. Beretta dan dua peluru tanpa lesen pada jam 8.10 malam, 27 Mei 2018 di sebuah rumah di kampung sama.

Clarence diperintah menjalani hukumannya serentak.

Pertuduhan pertama di bawah seksyen 307 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun sementara pertuduhan kedua yang dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mahkamah turut membenarkan permohonan pembelaan bagi senapang patah itu dikembalikan kepada pemiliknya, iaitu bapa kepada Clarence.

Clarence diwakili peguam Jacky Lettong sementara Timbalan Pendakwaraya Awam, Rozanna Abdul Hadi mewakili pendakwaan sebagai responden.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here