SANDAKAN: Pihak berkuasa digesa untuk memaklumkan dengan lebih jelas dan tepat berkenaan keperluan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh semua penduduk yang tinggal di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bagi mengelak sebarang kekeliruan dan panik antara mereka.Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong (gambar) berkata demikian selepas menerima beberapa panggilan telefon daripada penduduk di Taman Utama dan Taman Mawar Fasa 7, yang meminta penjelasan mengenai perkara tersebut selepas pengumuman PKPD di kawasan mereka.




_(1)_(1).%5B1%5D.png)

