Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Polis serbu tiga premis judi atas talian
Published on: Friday, June 25, 2021
Published on: Fri, Jun 25, 2021
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Polis serbu tiga premis judi atas talian
FotoBERNAMA.
KOTA BELUD: Polis menyerbu tiga premis dipercayai dijadikan pusat perjudian atas talian dalam satu operasi, pada Khamis.

Salah satu premis perjudian yang diserbu kira-kira jam 10.30 pagi itu terletak di Kampung Sembirai manakala dua lagi di Kampung Taun Gusi.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin, berkata semua premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.

"Walaupun ada tangkapan dijalankan sebelum ini, pemilik premis didapati masih berdegil untuk meneruskan operasi mereka. Serbuan hari ini dijalankan dengan kerjasama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang menjalankan operasi pemotongan bekalan elektrik di premis yang disyaki dijadikan pusat perjudian dalam talian. Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha bagi melumpuhkan kegiatan perjudian di daerah ini," katanya ketika dihubungi, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sahimi menambah, sekiranya terdapat maklumat berkaitan perjudian atau jenayah lain, orang ramai digesa segera menghubungi IPD Kota Belud atau mana-mana balai polis berhampiran.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here