Mon, 23 Feb 2026
Headlines:
Advertisement
19 Julai untuk e-semakan kes rogol
Published on: Friday, June 25, 2021
Published on: Fri, Jun 25, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
19 Julai untuk e-semakan kes rogol
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 19 Julai tahun ini untuk e-semakan lanjut bagi menetapkan tarikh sambungan perbicaraan kes membabitkan seorang cef berumur 40 tahun yang didakwa merogol bekas pekerjanya di sebuah bilik hotel.

Mahkamah menetapkan tarikh itu bagi Beitohlee Justine, memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sekarang ini.

Advertisement
Beitohlee dituduh merogol wanita berumur 24 tahun itu antara jam 8 malam dan 7 pagi pada 18 hingga 20 Februari 2019 di sebuah bilik hotel di Luyang, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Finance Minister Datuk Seri Masidi Manjun said the two projects together would add 28MWac of new power generation capacity, helping to stabilise electricity supply in Sabah.
Dalam kes lain, tarikh sama juga ditetapkan untuk e-semakan lanjut bagi menetapkan tarikh sambungan perbicaraan kes membabitkan seorang bekas peguam yang berpangkalan di Sarawak, yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap anak perempuan teman wanitanya. Kueh Kay Foo didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun itu dengan memeluk dan memegang pahanya di sebuah pangsapuri di Penampang pada Mei 2019.

Advertisement
Dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kueh dilepaskan dengan ikat jamin RM20,000 dan RM15,000 deposit serta seorang penjamin tempatan.

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki didakwa mengambil dadah secara berulang.

Bagaimanapun, pengakuan tidak diambil daripada Hanif Saidi selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz.

Hanif dituduh mengambil dadah pada 16 Jun di Ranau dan dia mempunyai dua rekod sabitan lampau atas kesalahan mengambil dadah. Mahkamah menetapkan 22 Julai untuk sebutan kesnya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here