Kota Kinabalu: Satu kluster Covid-19 baharu 22 kes melibatkan sebuah premis badan berkanun di Penampang telah dikesan di daerah itu dan ibu negeri menurut jurucakap krisis pandemik Datuk Masidi Manjun.
Himpunan jangkitan itu dinamakan Kluster Donggongon dan kes indeksnya merupakan pembersih pejabat, wanita, 46, yang disahkan hasil saringan bergejala dengan keputusan positif (RTK-Ag) di sebuah klinik swasta pada 04 Ogos 2021.
"Selain satu lagi kes dikesan pada tarikh sama, pertambahan kes dalam kalangan kontak rakan sekerja direkodkan pada 11 Ogos dengan 12 kes, 12 Ogos pula satu kes diikuti tujuh kes pada 13 Ogos 2021 melibatkan rakan sekerja dari daerah Putatan dan Kota Kinabalu," kata Masidi dalam kenyataan media.
"Secara kumulatif, kluster ini mencatat 22 kes termasuk lapan kes baharu pada hari ini hasil saringan terhadap 40 kontak."
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available