Sat, 10 Jan 2026
Headlines:
SESB jelaskan isu kenaikan bil elektrik
Published on: Monday, August 30, 2021
Published on: Mon, Aug 30, 2021
Text Size:
Text:
SESB jelaskan isu kenaikan bil elektrik
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada Ahad menjelaskan kenaikan bil elektrik adalah disebabkan oleh penyesuaian bil yang dibuat pada Julai dan jumlah yang direkodkan dalam bil Ogos adalah untuk penggunaan elektrik bagi bulan Julai dan Ogos.

Kerja-kerja konfigurasi terhadap sistem pembilan SESB dilaksanakan pada Julai disesuaikan dengan diskaun di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang diumumkan kerajaan pada 28 Jun.

Advertisement
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor (gambar) berkata, pembacaan meter tidak dilakukan oleh SESB dan pengguna tidak menerima bil elektrik mereka untuk bulan Julai.

Beliau turut menjelaskan dalam beberapa kes, pembayaran yang dilakukan oleh pengguna sebelum ini memerlukan masa untuk dikemas kini dalam sistem pembilan.

SPONSORED CONTENT
East Malaysia's home-grown quick service restaurant brand SugarBun, together with its sister brand Pezzo, marked a milestone with the opening of its 165th outlet, SugarBun Express at EG Mall in Inanam.
“Ada kes tertentu di mana jumlah semasa dalam bil tidak menunjukkan pemotongan pembayaran yang dibuat, namun pengguna tidak perlu risau kerana semua pembayaran sah akan segera dikemas kini,” katanya dalam kenyataan media, Ahad. Menurut Idris, terdapat juga kes di mana pengguna tidak membayar bil mereka tepat pada waktunya dan tunggakan tersebut terkumpul dalam bil bulan Ogos mereka.

Advertisement
Oleh itu, pengguna yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai bil elektrik mereka disarankan untuk menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di pejabat SESB terdekat.

Pengguna yang mempunyai pertanyaan mengenai diskaun bil elektrik juga boleh menghubungi bilik operasi SESB di 088-222313, 223313 dan 224313 pada waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Advertisement
Selain itu, pengguna juga boleh mengemukakan soalan melalui e-mel komersil@sesb.com.my

Sementara itu, pengguna boleh menghubungi SESB Careline 15454, 088-515000 atau melalui Whatsapp di 019- 852 5427 untuk pertanyaan selepas waktu pejabat.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here