Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Pemandu didakwa jadi orang tengah aktiviti pelacuran dibicara 25 Mei
Published on: Saturday, December 04, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Pemandu didakwa jadi orang tengah aktiviti pelacuran dibicara 25 Mei
Kota Kinabalu: Seorang pemandu penghantaran berumur 43 tahun yang didakwa jadi orang tengah aktiviti pelacuran melibatkan seorang wanita, akan dibicarakan pada 25-26 Mei tahun depan.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu bagi David Tang Hing Huat, semasa pengurusan kes pra-perbicaraannya.

Tang dituduh menjadi orang tengah bagi wanita yang terlibat dalam pelacuran itu pada pukul 9.35 malam 25 Oktober tahun ini di tempat letak kereta sebuah hotel di Penampang.

Kesalahan di bawah Seksyen 372(1)(f)/34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 1 November tahun ini, Tang meminta dibicarakan bagi tuduhan terhadapnya dan dilepaskan dengan ikat jamin, sementara menunggu pelupusan kesnya.

Dalam kes lain, seorang lelaki berumur 39 tahun dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan rotan kerana mengambil dadah secara berulang.

Terrence Austan mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada tuduhan terhadapnya.

Dia didapati mengambil dadah itu pada 12 November tahun ini selepas kencingnya diuji positif untuk dadah di balai polis di sini. Tuduhan menyatakan dia mempunyai dua rekod sabitan lampau untuk kesalahan sama.

Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Selepas menjalani hukuman penjaranya, mahkamah memerintah supaya Terrence diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun. Mahkamah memerintah Terrrence menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan hadir untuk pendakwaan sementara Terrence tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here