Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Nelayan hilang di perairan Lambidan dikhuatiri lemas
Published on: Wednesday, January 05, 2022
Published on: Wed, Jan 05, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Nelayan hilang di perairan Lambidan dikhuatiri lemas
LABUAN: Seorang nelayan dilaporkan hilang ketika pergi memukat ikan di perairan Lambidan, Menumbok, Sabah pagi semalam.  Sarizal Salleh, 39, dikhuatiri lemas apabila anggota keluarganya menyedari beliau tidak pulang ke rumah sejak Isnin lepas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata pihaknya telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik sahaja menerima laporan kehilangan lelaki itu pada 10 pagi Isnin lalu.

Advertisement
“Lelaki tersebut dikatakan telah keluar untuk memukat ikan pada kira-kira pukul 6 pagi di pinggir pantai  Lambidan, namun dia tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam dan ahli keluarganya telah membuat laporan polis pada hari yang sama,” katanya pada Selasa.

Turut terlibat dalam operasi itu ialah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Angkatan  Pertahanan Awam serta dibantu penduduk setempat dan setakat 5 petang ini, operasi itu masih berjalan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here