Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Peniaga bungkus makanan guna paku, dawai kokot boleh didenda, dipenjara
Published on: Wednesday, January 05, 2022
Published on: Wed, Jan 05, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Peniaga bungkus makanan guna paku, dawai kokot boleh didenda, dipenjara
Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang tular di media sosial baru-baru ini. Gambar Twitter / Astroawani.
Kuala Lumpur: Peniaga makanan menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.Beliau berkata mana-mana peniaga yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Advertisement
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata hukuman lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan.

“Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan di dalamnya mengandungi bahan memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum mengenai penggunaan paku bagi membungkus makanan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, serta pandangan pelbagai pihak yang khuatir mengenai bahaya kaedah pembungkusan itu.

Dr Noor Hisham berkata terdapat pelbagai kaedah lain lebih selamat untuk membungkus makanan dan bukannya menggunakan paku, dawai kokot atau bahan lain yang boleh menyebabkan kecederaan serius sekiranya termasuk dalam makanan dan ditelan pengguna.

Advertisement
“Pada masa sama, orang ramai terutama ibu bapa dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum dimakan,” katanya. Beliau berkata di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tiada sesiapa boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan makanan kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan tersebut.
Advertisement
Selain itu, Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menyatakan pengendali makanan perlu memastikan pembungkusan makanan adalah bebas daripada apa-apa pencemaran termasuk bahan seperti paku yang boleh memudaratkan pelanggan atau pengguna.

Menurut Dr Noor Hisham, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menganalisis 546 sampel makanan bagi tempoh 2019 hingga 2021 dan daripada jumlah itu, 19 didapati tercemar dengan bahan fizikal seperti batu, plastik, pasir, rambut, serangga serta cacing dan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan telah diambil terhadap pengusaha atau peniaga terlibat.

Selain itu, 45,361 premis makanan diperiksa di seluruh negara pada 2021 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 697 atau 1.5 peratus ditutup kerana pelbagai kesalahan.

Pengguna pula boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah atau melalui laman web moh.spab.gov.my atau www.facebook.com /bkkmhq jika menjumpai makanan dibungkus menggunakan bahan seperti paku, dawai kokot dan seumpamanya serta lain-lain isu berkaitan keselamatan makanan.

Dalam kenyataan lain, Dr Noor Hisham menjelaskan isu terjemahan air kosong kepada ‘empty water’ di laman Facebook KKM yang tular di media sosial Isnin lepas berpunca daripada pengguna yang telefonnya diaktifkan fungsi terjemahan teks secara automatik (auto translate text Facebook).

“Keadaan ini menyebabkan perkataan ‘air kosong’ telah diterjemahkan secara automatik kepada perkataan ‘empty water’ dalam telefon pengguna terbabit,” katanya.

Beliau berkata penyebaran imej tangkap layar itu tidak menggambarkan kiriman (posting) asal poster tersebut yang menggunakan bahasa Malaysia bukannya bahasa Inggeris sebagaimana tular.

Sehubungan itu, beliau berkata bagi mengelakkan kekeliruan, orang ramai dinasihat untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada fungsi terjemahan secara automatik memandangkan ia tidak memberi penjelasan tepat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here