BELURAN: Mangsa banjir yang telah dihanyutkan oleh arus deras di Kg Kinadaan, Sugut, telah ditemui mati lebih kurang 1.8km daripada tempat kejadian di Sungai Osum Sugut pada petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Kasim Muda memaklumkan mangsa Kaerul, 26 tahun, pekerja ladang warganegara Filipina, telah cuba untuk menyeberang jalan yang telah dinaiki air setinggi 5 kaki disertai arus yang deras.
"Operasi carilamat melibatkan pelbagai agensi telah dilaksanakan semenjak laporan diterima dan setelah 5 hari," katanya.
"Pada 4 Januari 2021, lebih kurang jam 1.20 petang mangsa ditemukan dalam keadaan tersepit oleh kayu dan batu di tebing Sungai Osum Sugut. Mangsa telah di hantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat."