RANAU: Syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab menyelenggara jalan utama di negeri ini diberi amaran keras untuk menjalankan kerja mereka dengan cekap.Pembantu Menteri Kerja Raya II Sabah, Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, semua syarikat konsesi perlu lebih bertanggungjawab kerana mereka telah bersetuju dengan semua terma dan syarat yang diberikan untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.





