Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
PKOB daerah diminta salur maklumat tepat mangsa banjir
Published on: Thursday, January 06, 2022
Published on: Thu, Jan 06, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
PKOB daerah diminta salur maklumat tepat mangsa banjir
PITAS: Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor pada Rabu mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dilanda banjir untuk menyalurkan maklumat tepat kepada kerajaan bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mangsa dan kawasan terjejas.

Beliau berkata maklumat telus dan adil termasuk berkaitan jumlah mangsa terlibat, kerosakan harta benda dan infrastruktur asas amat penting bagi memastikan pengurusan pascabanjir efisien terutama dalam aspek penyaluran bantuan kerajaan.

Advertisement
Hajiji berkata setiap laporan itu kelak akan memudahkan jabatan dan agensi berkaitan menyemak sekali gus menilai kerosakan mahupun kerugian bagi tujuan membaik pulih mengikut keutamaan serta keperluan penduduk.

“Kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan akan sentiasa bekerjasama rapat dalam membantu rakyat terlibat banjir di negeri ini menerusi beberapa peruntukan khas disediakan bagi meringankan beban ditanggung mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Untuk itu, kita memerlukan maklumat tepat dan adil mengenai situasi banjir ketika ini dan pengerusi (PKOB) perlu meneliti (setiap peruntukan bantuan banjir disediakan) supaya  bantuan boleh disalurkan kepada penduduk terlibat (mengikut keutamaan),” katanya.

Hajiji berkata demikian selepas menghadiri taklimat daripada Pegawai Daerah Pitas Firuz Idzualdeen Mohd Dzul mengenai situasi semasa bencana banjir di daerah itu di sini, pada Rabu.

Advertisement
Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong.

Hajiji berkata terdapat beberapa peruntukan disediakan kerajaan Persekutuan bagi membantu mangsa banjir termasuk bantuan wang ihsan RM1,000; RM5,000 bagi membaiki kerosakan rumah, selain bantuan kewangan lain merangkumi pembelian barang keperluan asas serta membaiki kerosakan kenderaan.

Advertisement
Selepas mendengar taklimat itu, Hajiji turut melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pitas II seterusnya menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang ihsan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah terlibat.

Pitas, terletak kira-kira 170 kilometer dari Kota Kinabalu, merupakan antara enam daerah di Sabah  terlibat banjir melibatkan lebih 300 penduduk yang ditempatkan di empat PPS, setakat ini.

Lima daerah lain terjejas banjir ialah ialah Kota Marudu, Paitan, Telupid, Beluran dan Sandakan susulan hujan lebat berterusan sejak minggu lepas.

Sementara itu, Hajiji turut membuat tinjauan banjir di Kota Marudu dan bertemu mangsa terlibat dalam bencana berkenaan serta menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang ihsan RM1,000 kepada ketua isu rumah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here