Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dua lelaki pandu cuai didenda RM5,500
Published on: Thursday, January 06, 2022
Published on: Thu, Jan 06, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Dua lelaki pandu cuai didenda RM5,500
LEE (kedua kiri) dan Darmansyah diiring polis selepas prosiding mahkamah pada Rabu. Turut kelihatan Joan (kiri).
TAWAU: Dua lelaki masing-masing didenda RM5,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kecederaan kepada dua penunggang motosikal.

Dua insiden berasingan itu menyebabkan kecederaan kepada seorang pelajar Tingkatan Lima dan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Advertisement
Darmansyah Bekar, 43, dan Lee Wang Sing, 63, mengaku salah secara berasingan di hadapan Majistret Dzul Helmi Yunos kepada tuduhan terhadap mereka, pada Rabu.

Menurut fakta kes, Darmansyah memandu kenderaannya secara cuai pada 7 malam 7 September 2021 di simpang Taman Ranggu Saujana, di sini, dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh pelajar berusia 17 tahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Akibatnya, pelajar itu mengalami cedera patah kaki kanan dan bahagian kecederaan kakinya terpaksa dipotong melalui pembedahan di Hospital Tawau.

Sementara itu, Lee memandu kenderaannya secara cuai pada jam 3 petang 28 Jun 2021 di simpang Jalan Access Kuhara, di sini dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh Mohamad Nur Aiman Che Asri, 24.

Advertisement
Akibat kemalangan itu, Mohamad cedera parah di kedua-dua tangan, bahagian hati, mengalami pendarahan otak serta kecederaan dalaman lain dan belum pulih sepenuhnya.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)  yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000, dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
ASP Joan Lee tampil mendakwa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here