Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa cabul anak dilepas tanpa dibebaskan
Published on: Thursday, January 06, 2022
Published on: Thu, Jan 06, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa cabul anak dilepas tanpa dibebaskan
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tuduhan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak perempuannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abdul Samad memberi keputusan DNAA kepada lelaki itu apabila pendakwaan menerima arahan untuk tidak meneruskan kes selepas pengadu menarik balik laporan polisnya.

Advertisement
Pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pengadu kes iaitu isteri lelaki itu, baru saja bersalin dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes kerana dia amat memerlukan suaminya.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan itu terhadap remaja berusia 14 tahun itu dengan menghisap dan meraba payudaranya selain menyentuh kemaluannya pada pukul 12.50 pagi 17 Oktober 2021 di sebuah rumah sewa di Ranau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzam Ahamd hadir untuk pendakwaan.

Advertisement
Sementara itu, di mahkamah lain, dua lelaki masing-masing dipenjara lima bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Habirudin dan Hamdan mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada tuduhan terhadap mereka.

Advertisement
Habirudin juga dikenakan satu sebatan rotan sementara Hamdan terlepas hukuman itu kerana dia berumur 21 tahun.

Dua warga asing itu ditangkap pada 22 Disember 2021 oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan.

Selepas menjalani hukuman penjara mereka, mahkamah memerintah supaya mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here