Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dua PPRT rosak di Pitas akibat gelongsoran tanah
Published on: Friday, January 07, 2022
Published on: Fri, Jan 07, 2022
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Dua PPRT rosak di Pitas akibat gelongsoran tanah
PPRT di Kampung Mesej Tukar yang rosak teruk akibat kejadian gelongsoran tanah.
PITAS: Dua buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Mesej Tukar mengalami kerosakan teruk akibat berlaku gelongsoran tanah sementara tiga buah jambatan gantung rosak dan kira kira 32 buah kampung terputus hubungan apabila terdapat jalan utama ditenggelami air banjir di daerah ini.

Kampung yang terkurung disebabkan laluan utama dinaiki air ialah Kampung Lokos Vunui, Mendamai, Pandan Mendamai, Lugu, Pandan, Kobon, Tukar, Perupuk, Mandamai Bai, Sosop Bai, Sosop, Dandun Pusat, Dandun Laut, Dandun Darat, Tutuoon, Mandurian Laut, Meliau, Pinapak, Bambangan Ulu, Maliau Pusat, Salungkapit, Mangkabusu, Botung, Sapatalang, Bitulung, Kiambang, Kinangoh, Andap, Rinasuk Bai, Rinasuk Unggol, Rinasuk Kibulu dan Kampung Ladap.

Advertisement
Antara kawasan terjejas banjir ialah Kampung Salimpodon Darat, Kusilad, Kerasim, Kemiri, Sibaung, Taka, Pondoi, Kabatasan Laut, Bilangau Besar, Lugu, Sumbilingon, Masin Besar, Pinggan-Pinggan, Sinasak, dan Kampung Senaja.

Ketua Polis daerah Kota marudu, Supritendan Zairolnizal Ishak berkata, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kebajikan Daerah, empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Salimpodon, Dewan Kusilad, SK Pekan 2 dan Dewan Kampung Kabatasan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Zairolnizal, seramai 308 mangsa termasuk 23 bayi, tiga Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 42 orang warga emas yang terdiri daripada 127 ketua isi rumah telah dipindahkan di PPS tersebut

Katanya, antara jalan utama yang terjejas dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan ialah Jalan Kampung Kusilad dan Jalan Kampung Ladap, manakala simpang masuk ke jalan Kampung Lokos Vunui telah terputus.

Advertisement
“Sementara itu, empat buah jalan yang terjejas tetapi masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan ialah Jalan Kampung Pinggan-Pinggan, Tambilidon, Jalan Kanibongan Kampung Pias, dan jalan Kanibongan Kampung Layung.

“Jambatan gantung menghubungkan laluan ke Kampung Mangkabusu telah terputus dan runtuh sementara dua buah jambatan gantung iaitu jambatan gantung Kampung Dandun dan jambatan gantung Kampung Pondoi mengalami kerosakan.

Advertisement
“Dua buah jalan yang mengalami kerosakan ialah Jalan Atoi di Kampung Kalumpang dan Jalan Kemiri, katanya.

Zairolnizal berkata, paras air Sungai Kebatasan dan paras air Sungai Bengkoka masih kekal berada pada paras amaran, bagaimanapun ‘trend air’ buat masa sekarang adalah semakin menurun secara perlahan-lahan dan keadaan cuaca adalah mendung.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here