TAWAU: Cubaan tujuh pendatang tanpa izin (PTI) warga Indonesia masuk ke negara ini melalui perairan Tawau, gagal apabila ditahan Tim Quick Reaction Force (QRF) sekitar jam 10.15 malam, pada Rabu.Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, PTI itu terdiri daripada lelaki berumur antara 22 hingga 80 tahun.





