Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Projek impak tinggi pastikan rakyat Sabah dapat air bersih
Published on: Saturday, January 08, 2022
Published on: Sat, Jan 08, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Projek impak tinggi pastikan rakyat Sabah dapat air bersih
LAHAD DATU: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Air Negeri Sabah berusaha memastikan penduduk Sabah termasuk di Lahad Datu dapat menikmati bekalan air terawat dengan pelaksanaan pelbagai projek beri impak, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata misalnya di Lahad Datu beberapa projek telah dirancang bagi meningkatkan kapasiti bekalan air terawat kerana loji rawatan air di Sepagaya serta Segama tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna.

Advertisement
“Loji sedia ada hanya berkapasiti maksimum 56 juta liter air sehari sedangkan keperluan bekalan air telah meningkat kepada 91 juta liter, jadi antara projek yang  dalam pelaksanaan adalah projek bekalan air luar bandar (BALB) kawasan Dewata dengan reka bentuk kapasiti 3 juta liter sehari dijangka siap pada tahun ini.

“Selain itu projek pembinaan Loji Rawatan Air Baru dengan reka bentuk kapasiti  60 juta liter sehari dijangka siap pada 2023, di samping kita ada satu projek BALB (dokumen tender) di Tungku serta pembinaan Loji Rawatan Air Sri Putatan dan sistem rangkaian paip sekitarnya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian projek pembinaan Loji Rawatan Air Baru Fasa 1 di Kampung Kenangan di sini pada Jumaat.

Menurut Bung Moktar, Jabatan Air Negeri Sabah turut menyenaraikan cadangan mengikut keutamaan dalam program pembangunan bekalan air negeri pada tahun ini termasuk cadangan pembinaan kolam takungan pinggir sungai.

Advertisement
“Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Air Negeri saya sentiasa menyokong segala usaha penambahbaikan yang ingin dilakukan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk rakyat, sama ada  penyelesaian itu bagi tempoh jangka pendek atau jangka panjang,” katanya. Sementara itu, beliau memohon agar peruntukan bagi pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa Satu di Sabah dapat disegerakan kerana banyak jalan raya rosak teruk akibat hujan berterusan ketika ini.

Advertisement
“Ketika ini peruntukan yang digunakan adalah daripada peruntukan infra iaitu RM1 bilion dan peruntukan itu hanya mampu menyiapkan sekitar dua daripada 22 pakej Pan Borneo yang diumumkan, bermakna untuk siap 20 pakej memerlukan 20 tahun lagi,” katanya sambil menambah kerajaan negeri sebelum ini bersetuju agar projek itu dilaksanakan melalui inisiatif pembiaayan swasta. Beliau turut berharap  janji kepada Sabah itu dapat segera ditunaikan berikutan projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak hampir 80 peratus siap.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here