Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Omicron cetus kluster baharu di Labuan, kini 18 kes
Published on: Saturday, January 08, 2022
Published on: Sat, Jan 08, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Omicron cetus  kluster baharu di Labuan,  kini 18 kes
LABUAN: Jumlah kes baharu membabitkan varian Omicron yang mencetuskan kluster OKK Awang Besar Saudi di sini, meningkat dari 13 kepada 18 kes setakat Khamis lepas (6 Januari), kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata pihaknya kini bersiap sedia sepenuhnya untuk kemungkinan berlaku lonjakan kes baharu melibatkan varian tersebut, di samping menggesa orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan mengelak orang ramai dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Advertisement
“Jumlah kes Covid-19 bertambah berikutan kemunculan kluster baharu ini, dan kami juga menjangkakan peningkatan kes dalam beberapa hari akan datang.

“Jangkaan peningkatan kes bukan sahaja disebabkan daripada kemasukan pengembara, tetapi kemungkinan besar juga daripada kalangan pelajar memandangkan sesi persekolahan dibuka semula minggu depan. Berikutan itu, kami memutuskan untuk membekukan cuti tahunan petugas kesihatan,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, menurut Dr Ismuni seorang pelajar (dari Sabah) Kolej Matrikulasi Labuan yang dijadual memulakan semester baharu dikesan positif Covid-19 beberapa hari lalu. “Pelajar berkenaan menjalani kuarantin dalam bilik, dan kami sentiasa memantau keadaan kesihatannya serta kemungkinan berlaku jangkitan dalam kalangan pelajar lain,” katanya.

Advertisement
Dr Ismuni berkata selepas kejayaan mengekang wabak tersebut, Labuan menyaksikan trend yang masih turun naik bagi kes baharu Covid-19, dengan merekodkan dua digit kes baharu pada 2 Januari, sebelum turun kepada dua dan lima kes masing-masing pada 3 dan 4 Januari, kemudian meningkat semula kepada 15 kes pada 5 Januari dan 20 kes Khamis lalu.

“Daripada 20 kes yang kami laporkan semalam (6 Januari), 18 kes adalah daripada dua keluarga yang pulang dari Kelantan dan Sabah, ini menunjukkan pematuhan SOP semakin diambil ringan,” katanya.

Advertisement
Menurutnya sehubungan itu, petugas kesihatan (unit penguatkuasaan) ditugaskan untuk meningkatkan pemantauan terhadap pematuhan SOP terutamanya di premis makanan dan minuman.

“Semua orang tidak akan terlepas daripada kompaun sekiranya didapati melanggar SOP kerana kami bukan sahaja menyasarkan pengusaha premis perniagaan, tetapi juga individu (pelawat dan pelanggan),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here