Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki nafi bunuh ibu tunang
Published on: Saturday, January 08, 2022
Published on: Sat, Jan 08, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki nafi bunuh ibu tunang
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 31 tahun meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat, bagi tuduhan membunuh ibu tunangnya di Pitas, dua tahun lepas.

George Nanas, yang dibawa ke hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell, mengaku tidak bersalah kepada tuduhan itu.

Advertisement
George dituduh membunuh Habibah Abungon, 68, pada pukul 11 malam 19 Disember 2020 di sebuah rumah di Kg Puyuh, Pitas.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohammed Ali Imran memohon tarikh sebutan baharu.

Mahkamah menetapkan 17 Februari untuk sebutan.

Advertisement
Dalam kes lain, seorang warga Filipina dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret kerana mengambil syabu.

Lobo Jasmi mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Abdurrahman Abrar Jarni, yang duduk sebagai majistret, kerana melakukan kesalahan itu di sini, pada 29 Mei tahun lepas.

Advertisement
Mengambil dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Lobo juga diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjaranya.

Inspektor Navind Kumar Vijayan menjalankan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here