HEADLINES :




Tujuh remaja Kunak ditahan bantu siasatan video tular pukul budak
Published on: Sunday, January 09, 2022
Text Size:


Menurut pengadu, kejadian itu sebenarnya sudah lama dan tidak diketahui bagaimana video tersebut boleh tular di media sosial. (Tangkap layar: Facebook)
KUNAK: Tujuh remaja lelaki berumur antara 14 dan 17 tahun ditahan polis susulan video yang tular pada Sabtu di media sosial yang disyaki menunjukkan mereka memukul seorang remaja di kawasan tapak Pasar Tamu Kunak.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 28 Disember tahun lalu dan ditularkan sejak semalam di aplikasi Facebook.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendent Sabarudin Rahmat berkata, menerusi rakaman video berdurasi 28 saat itu, kejadian dikatakan berlaku di satu kawasan lapang.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga pengadu berumur 17 tahun seorang pemegang MyKad telah membuat laporan polis pada petang Sabtu selepas melihat video tersebut tular dalam halaman Facebook komuniti 'Orang Kunak' sehingga dikongsi ramai orang dengan pelbagai komen/reaksi bercampur.

Menurut pengadu, kejadian itu sebenarnya sudah lama dan tidak diketahui bagaimana video tersebut boleh tular di media sosial.

Daripada tujuh remaja tersebut, tiga didapati menyerang mangsa, dua yang lain cuba meleraikan pergaduhan, sementara seorang bertindak merakam video merupakan pelajar tingkatan satu.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.



ADVERTISEMENT


Other News




Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on