Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lions Downtown KK terima geran RM8,000 bantu mangsa banjir
Published on: Monday, January 10, 2022
Published on: Mon, Jan 10, 2022
Text Size:
Text:
Lions Downtown KK terima geran RM8,000 bantu mangsa banjir
SUMBANGAN untuk mangsa-mangsa banjir.
KOTA MARUDU: Kelab Lions Downtown Kota Kinabalu menerima geran RM8,000 daripada Yayasan Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2 untuk membantu mangsa banjir pada 3 Januari lepas.

Jumlah mangsa banjir adalah seramai 1,664 orang termasuk 457 keluarga di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Advertisement
Mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, St. Theresa, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek, Dewan Longob, Bangunan Kelab Rukun Tetangga Salimandut, Dewan Asin Asin, Sekolah Rendah Advent Damai, Dewan Sekolah Menengah Advent Goshen dan SK Ranau.

Dengan bantuan daripada Sabah Forest Solution dan Pejabat Daerah, Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2 bersama-sama Kelab Lions Kota Marudu, membantu dalam penghantaran keperluan asas mereka seperti susu tepung, selimut, tuala wanita, lampin bayi, biskut kering, mi segera dan keperluan asas lain untuk membantu seramai 300 isi rumah di Kampung Longop.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami dimaklumkan banjir kilat memusnahkan dan menghanyutkan tangki air mereka serta sebahagian besar barangan rumah mereka. Kami percaya bantuan yang kami berikan akan membantu penduduk kampung yang terjejas,” kata Lion Alyssa, pengerusi projek di Kelab Lions Downtown Kota Kinabalu.

 “Yayasan Daerah komited dalam memperkasakan Kelab Lions untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan mereka sendiri. Menerusi sokongan orang ramai dalam komuniti dan Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2, ia membolehkan kelab kami melengkapkan projek ini,” kata Lion Alyssa, sambil menambah “Di mana ada keperluan, di situ ada Lion”.

Advertisement
Gabenor Daerah tahun ini, Lydia Lu Siew Fong memilih tema “Melibatkan diri untuk Berkhidmat”. Sejak beliau mengisi tugas itu bermula 1 Julai 2021, Kelab Lions in Daerah 308-A2 berusaha bertungkus lumus membantu masyarakat setempat untuk mengusahakan lima kawasan yang mengalami isu Penglihatan, Diabetes, Kelaparan, Alam Sekitar dan Kanser Kanak-kanak.

Advertisement
Daerah 308-A2 setakat hari ini, merangkumi sejumlah 98 Kelab Lions Antarabangsa yang berpangkalan di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dan dengan 2,752 keahlian.

Kelab Lions terdiri daripada sekumpulan lelaki dan wanita, yang menetapkan sasaran untuk mengenal pasti keperluan masyarakat dan bekerja bersama-sama untuk memenuhi keperluan tersebut.

Untuk maklumat lanjut berhubung Kelab Lions Antarabangsa Daerah 308-A2, sila layari laman Facebook lionsclubs308a2 atau www.lionsclubs308a2.org.my.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here