Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Dua maut, 5 cedera dalam nahas tragis
Published on: Monday, January 10, 2022
Published on: Mon, Jan 10, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Dua maut, 5 cedera dalam nahas tragis
PASUKAN bomba memotong bumbung Land Cruiser menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit..
TAWAU: Dua maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan tragis membabitkan tiga kenderaan – Proton Saga, Toyota Land Cruiser dan Toyota Revo – di simpang masuk Taman Semarak, Jalan Kuhara sekitar jam 5.40 petang, Sabtu.

Dua daripada tujuh orang dalam Land Cruiser maut di tempat kejadian, tiga dirawat di Hospital Tawau dan dua lagi, termasuk kanak-kanak perempuan berumur empat tahun, mengalami cedera ringan.

Advertisement
Nurfaizah Ma’arop, 20, dan Suwati Sugio, 50, yang merupakan anak dan kakak ipar kepada pemandu Land Cruiser yang berumur 50 tahun, disahkan maut akibat kecederaan parah oleh paramedik, menurut Ketua Polis Tawau, ACP Peter Umbuas,

Menurutnya, pemandu Land Cruiser dan isterinya, 43, yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, sedang dirawat di Zon Merah hospital, manakala, anak buahnya, 20, (anak kakak ipar yang maut), dirawat di Zon Kuning.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dua lagi anak perempuan mereka berumur 16 dan empat tahun, cedera ringan,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut beliau, pemandu Proton Saga berumur 23 tahun tidak mengalami kecederaan.

Advertisement

Sementara itu, katanya, pemandu Revo, 53, serta dua penumpangnya yang masing-masing berumur 66 dan 28 tahun, juga tidak cedera.

Advertisement
Peter berkata, siasatan awal mendapati Proton Saga dalam perjalanan ke Taman Semarak dari Jalan Chong Thien Vun.

“Apabila Proton sampai di lokasi kejadian ketika memasuki simpang Taman Semarak, Land Cruiser yang datang dari arah Gudang Empat cuba mengelaknya, namun, memandangkan jarak terlalu dekat menyebabkan pemandu pacuan empat roda itu melanggar bahagian depan kereta Proton.

 “Akibat perlanggaran itu, Land Cruiser terbabas lalu terseret memasuki laluan bertentangan sejauh lebih kurang 26 meter sebelum bertembung pula dengan Revo,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 5.46 petang, yang membabitkan tiga kereta dan 11 mangsa.

Menurutnya, mereka membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam Land Cruiser dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dikejarkan ke hospital oleh ambulans.

Operasi tamai jam 6.36 petang.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here