Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Penerima PPRT di Tebobon lega bebanan bayar sewa berakhir
Published on: Monday, January 10, 2022
Published on: Mon, Jan 10, 2022
Text Size:
Text:
Penerima PPRT di Tebobon lega bebanan bayar sewa berakhir
JUMAANI menerima kunci replika daripada Yakub.
Kota Kinabalu: Seorang penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kg Tebobon, dekat sini, tidak menyangka impiannya untuk memiliki rumah sendiri tercapai apabila permohonannya untuk bantuan itu diluluskan hujung tahun lepas.Jumaani Madin berkata, dengan bantuan itu, bebanan menyewa selama beberapa tahun akhirnya selesai apabila mendapat sebuah rumah yang sangat selesa.

Advertisement
Dia menyifatkannya sebagai hadiah tahun baharu 2022 kepada keluarganya berikutan selama ini terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menyewa rumah sebagai tempat berlindung.

“Rasa bebanan menyewa selama ini hilang…Selepas ini boleh fokus kepada keperluan keluarga terutama menjelang musim persekolahan anak-anak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami sekeluarga sangat bersyukur kepada semua yang membantu terutama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai, Datuk Yakub Khan,” katanya.

Jumaani berkata, dia juga berterima kasih kepada Ketua Kampung serta pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang bertungkus lumus memastikan mereka sekeluarga dapat menikmati rumah yang sangat selesa.

Advertisement
Sementara itu, Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata pihaknya akan mengenal pasti mana-mana penerima PPRT yang layak. “Ini adalah merupakan sasaran utama kita di Dun Karambunai untuk membolehkan lebih ramai rakyat mendapat rumah yang selesa untuk jangka masa panjang.

Advertisement
“Fokus kita adalah untuk menyediakan kediaman yang selesa kepada golongan termiskin yang masih belum mempunyai rumah. Selain itu kita, juga mengambil kira mereka yang memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah mereka,” katanya. Yakub berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memastikan lebih ramai mendapat manfaat bantuan PPRT pada masa akan datang. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here