Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Jalan pesisir pantai Labuan dibuka 1 Feb
Published on: Tuesday, January 11, 2022
Published on: Tue, Jan 11, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jalan pesisir pantai Labuan dibuka 1 Feb
Jalan pesisir pantai bernilai RM125.5 juta berkenaan.
LABUAN: Jalan pesisir pantai bernilai RM125.5 juta yang menghubungkan beberapa kampung dan kawasan perumahan ke pusat bandar di sini dijadualkan dibuka secara rasmi untuk pengguna jalan raya pada 1 Febuari depan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Labuan Ir Suhaizad Sulaiman berkata proses mewartakan jalan sepanjang 5.1 kilometer (km) dari Membedai ke Tanjung Aru itu sedang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya dan dijangka siap sebelum akhir bulan ini.

Advertisement
“Projek jalan pantai itu telah siap sepenuhnya pada 23 November 2021 dan sedia untuk digunakan bulan depan…jalan itu mesti terlebih dahulu diwartakan sebagai jalan awam sebelum ia boleh digunakan...ini adalah penting supaya ia dapat diselenggara secara berkala,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau berkata jalan itu akan menambah baik rangkaian perhubungan Labuan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Tun Mustapha.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Suhaizad berkata projek itu yang mula dibina pada 19  Disember 2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 35 peratus pengguna jalan raya di pulau bebas cukai itu, seperti di Kampung Tanjung Aru, Nagalang, dan Kerupang 1, 2 dan 3.

Senator Datuk Bashir Alias ​​berkata jalan pesisir pantai itu diyakini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Mustapha menuju ke pusat bandar.

Advertisement
“Jalan pantai berkenaan membolehkan pemandu dan pelawat menikmati pemandangan yang indah dengan pemandangan laut yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu terutamanya pada waktu pagi.

“Saya optimis jalan itu akan memberi kesan langsung ke atas industri pelancongan Labuan, dengan lebih banyak projek berkaitan pelancongan akan dibina di sepanjang jalan pantai,” kata Bashir.

Advertisement
Beliau berkata pihak berkuasa tempatan Perbadanan Labuan boleh merancang projek pembangunan pelancongan di sepanjang jalan pantai itu demi memanfaatkan ekonomi tempatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here