Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Dua nelayan miliki ikan dibom dipenjara 10 bulan
Published on: Tuesday, January 11, 2022
Published on: Tue, Jan 11, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dua nelayan miliki ikan dibom dipenjara 10 bulan
Kota Kinabalu: Dua nelayan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas kesalahan memiliki 10 ekor ikan yang dibom di Kota Belud.

Rosli Merkari dan Zaidel Mamil, kedua-duanya 39, mengaku bersalah di hadapan Hakim Elsie Primus atas pertuduhan melakukan kesalahan itu di atas bot pam tidak berdaftar di perairan Bantuan Ambong kira-kira empat batu nautika barat daya pelantar minyak St Joseph, Kota Belud pada 12 tengah hari pada 18 September, 2021.

Advertisement
Pegawai Pendakwa William Apin dari Jabatan Perikanan memaklumkan kepada mahkamah bahawa bot pam dinaiki Rosli dan Zaidel diperiksa polis marin dalam satu operasi dan menemui 50 kg ikan kerana disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan.

Kedua-duanya kemudiannya ditahan dan 10 sampel ikan telah diambil oleh Jabatan Perikanan untuk bedah siasat yang kemudiannya disahkan ditangkap menggunakan bahan letupan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kedua-duanya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26(1)(C) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

William memohon hukuman setimpal atas alasan kesalahan itu melibatkan kepentingan awam dan turut menekankan kepentingan pemuliharaan habitat marin dan sekitarnya.

Advertisement
Rosli dan Zaidel yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri meminta hukuman ringan.

Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman itu dari tarikh mereka ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here