Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Jurujual kereta dituduh menipu
Published on: Tuesday, January 11, 2022
Published on: Tue, Jan 11, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Jurujual kereta dituduh menipu
Kota Kinabalu: Seorang jurujual kereta didakwa di Mahkamah Majistret di sini Isnin atas pertuduhan menipu seorang lelaki sebanyak RM1,902.

Lim Chi Kheong mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun atas pertuduhan menipu lelaki itu dengan memperdayanya untuk memasukkan bayaran ansuran bulanan kereta sebanyak RM1,902 ke dalam akaun bank isterinya (Lim).

Advertisement
Pertuduhan menyatakan bayaran bulanan itu diuruskan oleh Lim yang sepatutnya dibayar kepada syarikat KM Automart.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Julai 2021 di sebuah Public Bank di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Februari ini untuk pengurusan kes.

Advertisement
Dalam kes lain, enam orang dihukum kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Tiga daripada mereka, Adzman Sali, Lum Kong Fui dan Datu Mazlee Datu Azman mengaku bersalah memiliki syabu.

Advertisement
Adzman dijatuhkan hukuman penjara 36 bulan kerana memiliki 5.21gm syabu pada 2 September, tahun lepas di sini, Lum dipenjara sembilan bulan kerana memiliki 0.05gm syabu pada 19 April tahun lepas manakala Mazlee didenda RM2,600 atau penjara 12 bulan kerana mempunyai 0.20gm syabu pada 23 Ogos, tahun yang sama.

Mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiga lagi – Wan Reduan Din, Abdul Rasheed dan Yusof Jamreh – mengaku  mengambil syabu di lokasi berasingan antara 22 Disember 2020 dan 24 Mei 2021.

Reduan dan Abdul masing-masing dipenjara enam bulan manakala Yusof dipenjara 12 bulan.

Mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here