Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Bahaya menanti pejalan kaki di dua kawasan di Penampang
Published on: Tuesday, January 11, 2022
Published on: Tue, Jan 11, 2022
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Bahaya menanti pejalan kaki di dua kawasan di Penampang
BAHAGIAN tepi jalan di Jalan Nosoob-Hungab yang runtuh setelah dinding parit roboh.
MAJLIS Daerah dan Jabatan Peparitan dan Saliran (JPS) sedang dalam proses menangani bahaya kepada pejalan kaki di dua kawasan di Penampang.

Ini menyusuli pemerhatian bahawa orang ramai terpaksa berjalan di laluan kenderaan di Jalan Bundusan dan Jalan Nosoob-Hungab bagi mengelak masalah di beberapa bahagian di rizab kedua-dua jalan itu.
Advertisement
Seorang penduduk di Taman Golf View tidak faham kenapa halangan diletakkan di atas laluan pejalan kaki di sepanjang bekas jalan tidak dialihkan, 10 bulan selepas kali pertama dia membangkitkan perkara itu kepada Majlis.

Sementara itu, seorang penduduk di Taman Bulan ingin tahu kenapa JPS tidak mengambil peluang keadaan cuaca yang baik di Ibu Negeri untuk memulakan pembaikan di Jalan Nosoob-Hungab.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kedua-dua individu itu membangkitkan kebimbangan mereka dalam surat kepada Hotline. Surat-surat mereka telahpun dikemukakan kepada Majlis dan Jabatan berkenaan.

Seorang jurucakap Majlis mengesahkan kewujudan struktur haram yang dilaluan pejalan kaki di Jalan Bundusan.

Advertisement
“Kakitangan dari Jabatan Kejuruteraan kami mendapati bahawa beberapa tanah persendirian berhampiran Taman Golf View, telah dipasang pagar (zink) dalam satu pemeriksaan minggu lalu,” katanya pada Isnin (10 Januari).

“Mereka mengambil maklum kewujudan struktur besi di pangkal pagar itu yang terkeluar ke laluan pejalan kaki.

Advertisement
Menurutnya, pemilik tanah itu sebelum  ini menerima kelulusan daripada Majlis untuk membina sebuah rumah di atas hartanahnya.

“Besi yang terkeluar itu bukan sahaja memberi ketidakselesaan kepada pejalan kaki tetapi mengancam keselamatan mereka yang berjalan kaki.”

“Individu terbabit tidak ada kebenaran untuk menggunakan tanah kerajaan dengan cara itu.”

Menurutnya, pemilik tanah itu akan dimaklumkan sekali lagi agar mengalihkan pagar itu jauh dari laluan pejalan kaki.

“Dia sudah diberikan notis berhubung perkara itu pada Oktober.”

Pemeriksaan ke atas rekod Majlis mendedahkan bahawa agensi itu maklum akan masalah membabitkan Jalan Bundusan itu beberapa bulan lalu, menurut jurucakap itu.

Keadaan dinding parit yang roboh itu.

“Kami dimaklumkan mengenai masalah itu dua kali pada 25 April dan 17 Mei.

“Kakitangan kami di Unit Aduan berdepan kesukaran menjejaki butiran pemilik tanah itu.”

Ketika ditanya jika itu menjadi punca kelewatan dalam menyelesaikan perkara itu, jurucakap itu enggan mengulas.

“Jabatan Kejuruteraan kami akan menjalankan pemeriksaan susulan, selepas tempoh yang diberikan dalam notis kedua berakhir.

“Tindakan lanjut akan diambil jika pemilik rumah itu gagal mematuhinya.”

Jurutera JPS memeriksa keadaan struktur parit di Jalan Nosoob-Hungab tersebut.  

Beliau tidak menolak kemungkinan Majlis akan memindahkan sendiri pagar itu dan menghantar bil kepada pemilik untuk kos kerja-kerja yang dilakukan.

MIKE dari Penampang berkata bahan besi itu, yang digunakan untuk menyokong pagar zink berkenaan, menggunakan tiga kaki lebar laluan pejalan kaki itu.

“Kedudukan besi itu yang terkeluar di laluan pejalan kaki mengundang bahaya kepada mereka yang menggunakan laluan berkenaan,” katanya.

“Bencana menunggu pejalan kaki. Jika mereka tersadung, mereka boleh jatuh ke jalan utama dan kemalangan teruk boleh berlaku.

“Kaki mereka juga mungkin akan terseliuh atau perkara lain yang lebih serius.”

Mike mengakui bahawa dia sukar membayangkan apa akan berlaku jika warga emas atau wanita hamil tersadung di salah satu besi yang terkeluar itu.

“Saya berharap pemilik pagar itu akan membuka halangan berkenaan.”

Sementara itu, JPS masih mengkaji secara spesifik kerja-kerja pembaikan melibatkan dinding longkang yang runtuh, dan kerosakan ke atas bahu jalan, di satu bahagian Jalan Nosoob-Hungab.

Seorang jurucakap JPS berkata agensi itu berharap untuk dapat memulakan kerja-kerja itu menjelang April.

“Sepasukan jurutera kami ketika ini sedang menentukan kaedah terbaik untuk membaiki dinding longkang dan bahu jalan itu,” katanya.

“Kami berharap dapat memuktamadkan butirannya tidak lama lagi kerana ini perlu dilakukan sebelum kami boleh mendapatkan dana untuk pembaikan.”

Menurutnya, Jabatan itu perlu mendapatkan “kebenaran khas” daripada Kementerian Kewangan sebelum mendapatkan peruntukan.

Ketika ditanya kenapa tiada apa yang dilakukan setakat ini, sekurang-kurangnya bahagian tebing – memandangkan keadaan cuaca kering di Ibu Negeri ketika ini – jurucakap itu berkata JPS berhati-hati dengan tindakannya.

PEMILIK hartanah itu diminta mengubah kedudukan pagar yang dibina di atas tanah kerajaan itu. Perhatikan besi-besi yang terkeluar di dasar pagar berkenaan.

“Kami tidak mahu tergesa-gesa memulakan kerja pembaikan kerana kami tidak mahu Jalan Nosoob-Hungab runtuh.”

Menurutnya, Jabatan itu juga bimbang mengenai keadaan tanah persendirian di seberang parit itu.

“Setakat ini, ia masih utuh. Kami tidak mahu secara tidak sengaja menyebabkan hartanah itu menjadi tidak stabil disebabkan kerja-kerja pembaikan longkang tersebut. “Kita tidak mahu nanti JPS terpaksa membayar pampasan kepada pemilik tanah jika itu berlaku.”

Jurucakap itu berkata satu pemeriksaan awal, dilakukan lewat tahun lalu, mendedahkan bahawa satu bahagian longkang itu telah runtuh.

“Tanah di atas rizab jalan berhampiran menjadi tidak stabil disebabkan perkara ini. “Keadaan tidak rata sepanjang beberapa meter juga telah terbentuk di tebing parit itu.”

Menurutnya, sebahagian pagar penghadang dan tiang lampu di kawasan itu turut terjejas oleh kerosakan tersebut.

Struktur-struktur ini tidak lagi tegak sebaliknya condong pada kedudukan 45 darjah, menurutnya.

“Kakitangan kami memeriksa keadaan bahu jalan dan parit itu, dari semasa ke semasa, bagi memastikan keadaan itu tidak bertambah teruk.”

SAN, yang tinggal di Taman Bulan, berkata pejalan kaki berdepan risiko cedera atau lebih teruk dari itu, jika mereka tergelincir dan jatuh ketika berjalan di bahu jalan yang rosak itu.

“Mereka yang berjalan kaki juga mungkin dilanggar oleh kenderaan dari arah depan kerana mereka terpaksa berjalan di kawasan itu kerana parit semakin runtuh,” katanya.

Beliau berkata kali pertama dia menyedari bahu jalan itu retak ialah beberapa bulan lalu.

“Dalam tempoh itu, ada orang memasang tali dan pita keselamatan di sekitar kawasan terjejas untuk memberi amaran kepada orang ramai bahawa bahagian tepi jalan itu rosak.”

San berharap pihak berkuasa akan bertindak ke atas masalah itu secepat mungkin, sebelum ada sesiapa cedera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here