Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Polis lepas dua tembakan ke arah kereta
Published on: Wednesday, January 12, 2022
Published on: Wed, Jan 12, 2022
By: Lo Teck Loong
Text Size:
Text:
Polis lepas dua tembakan ke arah kereta
TEMBAKAN terkena pada tayar belakang Wira (bulatan) yang dinaiki suspek. – Gambar Jimmy Goh
Kota Kinabalu: Polis melepaskan dua tembakan ke arah sebuah Proton Wira yang cuba merempuh mereka dekat persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Fuad Stephen dekat sebuah hotel, di sini, pada Selasa.

Penemuan awal menunjukkan polis dimaklumkan mengenai pertengkaran di antara satu pasangan yang sudah berkahwin di Tanjung Aru kira-kira jam 10.15 pagi.
Advertisement
Polis tiba di tempat kejadian dan menemui lima orang, termasuk seorang wanita, di dalam sebuah Proton Wira Aeroback.
Pasukan menghentikan kereta itu dan meminta pengenalan semua yang berada di dalam kereta berkenaan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pemandu kereta berpura-pura mengambil dokumen dari kereta itu, memecut bersama wanita itu dan seorang lagi lelaki di dalam kereta. Polis kemudian mengejar kereta itu yang menuju ke pasar besar bandaraya.
Advertisement
Disebabkan kawasan sesak, kereta itu cuba membuat pusingan-U di atas pembahagi jalan, ketika dua anggota polis turun dari kereta polis untuk cuba menghentikan Wira itu daripada lari. Daripada berhenti, Wira itu meluru ke arah anggota polis memaksa mereka melepaskan satu tembakan ke arah tayar hadapan dan belakang kereta itu.

Advertisement
Kereta itu terus memecut ke arah persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Fuad Stephen dekat sebuah hotel. Ketika pasukan tiba di tempat kejadian, ketiga-tiga mereka sudah melarikan diri. Polis kini sedang memburu ketiga-tiga mereka yang dikenal pasti berumur di antara 21 dan 34 tahun. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here