Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
SPRM tahan lelaki minta bayaran daftar sijil vaksinasi digital Covid-19
Published on: Wednesday, January 12, 2022
Published on: Wed, Jan 12, 2022
Text Size:
Text:
SPRM tahan lelaki minta bayaran daftar sijil vaksinasi digital Covid-19
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta bayaran lebih RM2,000 daripada orang ramai bagi mendaftar Sijil Vaksinasi Digital Covid-19 di aplikasi MySejahtera permohonan pada Oktober 2021.

Menurut sumber, lelaki itu disyaki memberi rasuah kepada sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin di Sabah sebagai pertukaran untuk mendaftarkan nama-nama yang tidak menerima dos vaksin Covid-19 dalam sistem MySejahtera dan mendapatkan Sijil Vaksinasi Digital.

Advertisement
Sumber menambah, lelaki yang dipercayai ahli sindiket itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di SPRM Kota Kinabalu susulan operasi yang dilancarkan di daerah itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, pemohonan reman dijangka dibuat hari ini (12 Jan) di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here