Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Seorang cedera, dua kenderaan bertembung di KB
Published on: Wednesday, January 12, 2022
Published on: Wed, Jan 12, 2022
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Seorang cedera, dua kenderaan bertembung di KB
KEMALANGAN membabitkan Proton Iswara dan Mitsubishi Triton di Jalan Ulu Kukut, Kota Belud.
KOTA BELUD: Dua pemandu bernasib baik terselamat apabila berlaku pertembungan dua kenderaan membabitkan kereta Proton Iswara dengan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Triton di Jalan Ulu Kukut di sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa lelaki, pemandu Proton Iswara berusia 42 tahun dilaporkan mengalami kecederaan manakala pemandu 4WD, lelaki berusia 23 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.01 petang, tujuh anggota serta tiga pegawai bomba bantuan (PBB) dikerah ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Bahagian depan Iswara yang remuk akibat dari perlanggaran dengan pacuan empat roda berkenaan.

Katanya sebelum ketibaan pasukan bomba, mangsa iaitu pemandu Proton Iswara dihantar oleh pihak paramedik menggunakan ambulan ke hospital Kota Belud.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pasukan EMRS kemudiannya menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu 4WD dan dilaporkan dalam keadaan stabil. Pemeriksaan lokasi kejadian dan kedua-dua kenderaan terbabit turut dijalankan bagi mencegah bahaya lain,” katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan jam 5.15 petang.

Advertisement
“Manakala punca kejadian dan anggaran kerugian dalam siasatan pihak polis,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here