Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Bapa lapan anak terlepas tali gantung
Published on: Wednesday, January 12, 2022
Published on: Wed, Jan 12, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bapa lapan anak terlepas tali gantung
Rashid (kiri) bersama peguamnya , Lo (kanan) dan Jiafiary (kedua daripada kanan) selepas prosiding tersebut..
TAWAU: Seorang bapa kepada lapan anak, 47, terlepas tali gantung selepas rayuannya ke atas hukuman mati kerana mengedar 75.56g syabu dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan pada Selasa.Rashid Othman, 47, bagaimanapun, dipenjara 15 tahun dan diperintah dikenakan sebatan rotan 10 kali selepas dia mengaku bersalah dalam prosiding secara atas talian itu, ke atas pertuduhan alternatif memiliki dadah.
Advertisement
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Supang Lian dan Dato’ Nordin Hassan, memerintahkan Rashid menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditahan pada 7 September, 2016.
Rashid, yang tidak mempunyai dokumen pengenalan, pada 15 Mac 2019, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pukul 2 petang pada 7 September, 2016 di tepi jalan Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas. Ketika menjatuhkan hukuman itu, mahkamah rayuan berkata hukuman itu mengambil kira tahap keseriusan kes dadah di seluruh negara serta sebagai memberi kesedaran kepada orang ramai dan penjenayah mengenai betapa seriusnya kes dadah.

Advertisement
Pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup untuk satu tempoh tidak kurang lima tahun dan disebat tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, semasa mitigasi peguam Jhasarry Kang dan Lo Yii Fui yang mewakili Rashid berhujah, tertuduh tiada rekod jenayah dan sebenarnya ketika itu diperangkap oleh seseorang dikenali sebagai ‘Panjang’ dan Rashid hanya melakukan pekerjaan yang ditawarkan oleh lelaki itu serta akan mendapat bayaran RM50.

Advertisement
Mahkamah turut diberitahu bahawa Rashid bekerja sebagai buruh dan merupakan pencari rezeki tunggal untuk keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari tampil untuk pendakwaan sebagai responden.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here