TAWAU: Seorang lelaki berumur 33 tahun dihukum mati kerana mengedar 52.13g syabu, empat tahun lepas
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu ke atas Benhar Hussin, selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Benhar.
Benhar didapati bersalah mengedar dadah pukul 8.30 malam pada 14 Januari 2018 di dalam sebuah kereta yang diletakkan berdekatan balai polis Lahad Datu.
Kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Dadah itu ditemui polis ketika Benhar melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan.
Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain tampil untuk pendakwaan manakala peguam Victora Chee mewakili Benhar.