Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki dituduh edar 942.2g kanabis minta bicara
Published on: Thursday, January 13, 2022
Published on: Thu, Jan 13, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki dituduh edar 942.2g kanabis minta bicara
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 32 tahun meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu atas pertuduhan mengedar 942.2g kanabis.

Ahmad Farizul Ismail mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad atas tuduhan melakukan kesalahan itu pukul 3.30 petang pada 24 Februari 2020 di ABX Express Inanam, Gudang No. 1, Jalan Kolombong Kg Nountun.

Advertisement
Ahmad didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali jika tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 21 Mac untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Timbalan Pendakwa Raya Kastam Nurul Akhilah Rosmi melakukan pendakwaan manakala Ahmad diwakili peguam Adnan Puteh.

Ahmad diperintah direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki berumur 55 tahun dipenjara sehari dan denda RM10,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Trafik kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Chang Meng Fuh mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun kerana melakukan kesalahan itu di Jalan Bundusan, Penampang pada 27 Mei tahun lalu. Chang didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 dan RM30,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

Advertisement
Peguam Dominic Chew, yang mewakili Chang, memohon hukuman lebih rendah.

Pegawai pendakwa trafik Inspektor Mohammad Khairul Nizam Mokhtar memohon hukuman setimpal dan memohon lesen Chang digantung tidak kurang dari dua tahun.

Mahkamah juga memerintahkan lesen memandu Chang digantung selama dua tahun.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here