Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
RM164j untuk pendidikan, agama
Published on: Friday, January 14, 2022
Published on: Fri, Jan 14, 2022
Text Size:
Text:
RM164j untuk pendidikan, agama
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM164.12 juta bagi pelaksanaan program pembangunan pendidikan dan agama dalam Belanjawan Negeri tahun ini.Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, berkata dana itu disalurkan kepada agensi kerajaan yang berkaitan, badan agama dan pendidikan, sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti modal insan serta menjamin kesejahteraan rakyat.
Advertisement
“Sejajar dengan semangat Keluarga Malaysia, peruntukan itu memberi manfaat kepada semua agama dan kaum di negeri ini,” katanya pada majlis penyampaian bantuan kewangan kepada sekolah vernakular dan mubaligh, gereja dan kuil bagi tahun 2021 serta penyerahan kepala singa sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022.
Teks ucapan beliau disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Khamis.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada tahun ini, kata Hajiji, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah RM47 juta, yang terbesar untuk badan agama bukan Islam serta untuk sekolah vernakular, mubaligh dan sekolah persendirian. “Jumlah itu adalah yang terbesar pernah diluluskan oleh kerajaan Sabah dan ini mencerminkan keikhlasan kami untuk memastikan kebajikan semua kaum dan agama di Sabah akan terjaga,” katanya.
Advertisement
Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM1 juta untuk kepala singa yang akan diagihkan kepada pelbagai persatuan dan kumpulan tarian singa sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negeri. “Penyampaian bantuan kewangan dan kepala singa jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk melaksanakan dasar yang adil dan saksama dalam semua aspek,” katanya.
Advertisement
Kerajaan Negeri menyedari kepentingan institusi pendidikan dan badan agama dalam melahirkan rakyat yang berilmu serta menyemai nilai-nilai murni dan positif yang mampu memacu pembangunan negeri”. Hajiji berkata tahun lalu Kerajaan Negeri memperuntukkan RM43 juta untuk badan agama bukan Islam, vernakular, mubaligh dan sekolah persendirian di Sabah. Menurutnya, dalam tempoh sama tahun lalu, Kerajaan Negeri turut meluluskan sejumlah RM24.99 juta untuk pembinaan dan pembaikan rumah ibadat bukan Islam di negeri ini. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here