Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Wisma Dang Bandang bergegar, ratusan kakitangan diarah keluar
Published on: Friday, January 14, 2022
Published on: Fri, Jan 14, 2022
Text Size:
Text:
Wisma Dang Bandang bergegar, ratusan kakitangan diarah keluar
ANGGOTA bomba memeriksa tahap kerosakan yang berlaku di Tingkat 11 bangunan itu.
Kota Kinabalu: Ratusan kakitangan pelbagai agensi kerajaan di Wisma Dang Bandang di Jalan Kampung Air di sini diarah meninggalkan bangunan selepas bangunan itu bergegar pada jam 3.30 petang, Khamis.

Gegaran itu dipercayai berpunca dari siling yang runtuh di bilik mesyuarat sebuah agensi kerajaan di tingkat 11 bangunan itu.

Advertisement
Antara agensi kerajaan yang ditempatkan di bangunan itu ialah Jabatan Penerangan, Jabatan Meteorologi, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Imigresen.
Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kalangan pekerja.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.

SEBAHAGIAN kakitangan yang diarah berkumpul di tempat selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.32 petang.

Advertisement
Menurut jurucakap itu, semua orang awam diarah berada di tempat berkumpul yang selamat di perkarangan bangunan itu semasa pemantauan dijalankan.

“Berdasarkan laporan yang diterima, terdapat dua gegaran selang beberapa saat,” beliau  dipetik sebagai berkata. “Kami dimaklumkan, gegaran pertama lebih kuat daripada gegaran kedua.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here