Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Denda RM25,000 kerana benar PTI  tinggal di premis
Published on: Friday, January 14, 2022
Published on: Fri, Jan 14, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Denda RM25,000 kerana benar PTI  tinggal di premis
Kota Kinabalu: Seorang rakyat Pakistan dan seorang rakyat tempatan masing-masing didenda berjumlah RM25,000 kerana membenarkan pendatang tanpa izin (PTI) tinggal di premis mereka.

Rakyat Pakistan Wakeel Khan, 45, dan Paryoto Karto, 65, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, terhadap pertuduhan terhadap mereka pada Khamis.

Advertisement
Wakeel didapati membenarkan tiga pendatang tanpa izin berumur antara 22 hingga 55 tahun, tinggal di premisnya di Azra Food Marketing di Kg Likas Jalan Haiwan, di sini, pukul 3 petang pada 21 September 2021.

Dia didenda RM5,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu untuk setiap pendatang tanpa izin yang terlibat di mana dia perlu membayar sejumlah RM15,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Paryoto membenarkan dua PTI berusia 20 dan 21 tahun, kedua-duanya warganegara Filipina, tinggal di premisnya di Restoran Yakeen di Karamunsing Warehouse, dekat sini, pukul 1.55 petang pada 25 Mei 2021.

Paryoto diperintah membayar denda RM5,000 atau penjara dua bulan untuk setiap pendatang tanpa izin yang terlibat dan dia perlu membayar RM10,000.

Advertisement
Kedua-duanya melakukan perbuatan mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 hingga RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin yang terlibat. Kedua-duanya telah membayar denda. Semasa mitigasi, mereka merayu hukuman ringan.
Advertisement
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Abdul Lamit Abdul Manan dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here