Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pemandu lori pecah amanah kena tiga tahun
Published on: Friday, January 14, 2022
Published on: Fri, Jan 14, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pemandu lori pecah amanah kena tiga tahun
Kota Kinabalu: Seorang pemandu lori berumur 39 tahun dihukum penjara tiga tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan kerana melakukan pecah amanah jenayah membabitkan penghantaran tangki air bernilai RM6,500.

Hakim Mahkamah Sesysen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Bonny Egoh, yang menukar pengakuan dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakang ke atanya semasa pengurusan kes pra-perbicaraan pada Khamis.

Advertisement
Bonny diamanahkan dengan empat tangki air biru TH300, lima tangki air biru TH401 dan tiga pembetung badan melengkung oleh Syarikat Kinabalu Transport KKIP Manggatal tetapi melanggar amanah yang diberikan kepadanya sebagai pemandu lori, untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu berlaku antara 1 September dan 22 November 2021 di Syarikat Kinabalu Transport KKIP Manggatal, dekat sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Perbuatan di bawah Seksyen 407 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Bonny menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.

Advertisement
Semasa mitigasi, Bonny yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dan hukuman dijalankan dari tarikh dia ditangkap.

Dia memberitahu mahkamah bahawa di perlu menjaga bapanya.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Adibah Saiful Bahri menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan kerana Bonny telah memecahkan amanah yang diberikan syarikat itu kepadanya yang kemudian mengalami kerugian akibat perbuatan itu.

Mahkamah diberitahu Syarikat Kinabalu Transport KKIP Manggatal telah dilantik oleh Syarikat Tomher untuk menghantar barangan itu kepada pelanggannya (Syarikat Tomher) di Keningau.

Pada 1 September 2021, Bonny diarahkan oleh pengurus syarikatnya untuk menghantar empat tangki air biru TH300 dari kilang Tomher Industrial Sdn Bhd ke Huang Lee Alat Binaan di Keningau dan pada 4 September 2021 dia diarahkan menghantar lima tangki air biru TH401 dan tiga pembetung badan melengkung dari kilang sama ke Sunglight Timber Hardware di Keningau.

Bagaimanapun, kesemua tangki air dan pembetung itu gagal dihantar oleh Bonny dan perkara itu terbongkar apabila pelanggan membuat aduan kepada kilang Tomher Industrial Sdn Bhd apabila mereka tidak menerima barangan itu yang bernilai RM6,500.

Siasatan lanjut mendapati Bonny telah melanggar amanah yang diberikan kepadanya sebagai pemandu lori.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here