Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki miliki barang curi dijel 24 bulan
Published on: Friday, January 14, 2022
Published on: Fri, Jan 14, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki miliki barang curi dijel 24 bulan
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 36 tahun dihukum penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan memiliki barang curi.

Arthur Julian Abit mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu.

Advertisement
Arthur dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan pertama menyimpan kereta Proton Saga FLX curi milik Glynis Jeplin pukul 8.30 malam pada 19 Mei, 2021 di sebuah tanah lapang di Kg Bambangan, Inanam.

Untuk pertuduhan kedua, Arthur dipenjara 12 bulan lagi kerana memiliki lesen memandu curi dan kad ATM curi milik Regan Benedict juga di tempat dan masa sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Tidak diwakili, Arthur meminta hukuman ringan dan memohon hukuman penjara dijalankan serentak dengan berjanji bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.

Advertisement
Jessica memerintahkan Arthur menjalani hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap.

Dalam kes berasingan, seorang perempuan berumur 18 tahun diperintah membayar denda RM800 atau tujuh hari penjara kerana terlibat dalam perjudian atas talian menggunakan telefon bimbit di khalayak ramai.

Advertisement
Mardiyani Abd Malik mengaku melakukan kesalahan itu di tangga sebuah rumah penginapan di Asia City, pukul 6.44 petang, 20 Oktober tahun lalu.

Inspektor Albert Basiri, yang melakukan pendakwaan, memberitahu mahkamah wang tunai RM350 turut dirampas polis daripada Mardiyani ketika dia ditahan atas perbuatan itu.

Mardiyani, yang tidak diwakili, meminta denda lebih rendah dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan. Dia didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here